[Video] Tanah runtuh Bukit Kukus: 3 maut, 12 masih tertimbus - pakdin.my

GEORGETOWN: Tiga maut, manakala 12 lagi buruh binaan jalan raya berkembar di Bukit Kukus di sini, dikhuatiri masih tertimbus selepas kontena didiami mereka terbabit dalam kejadian tanah runtuh, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, sebahagian kawasan pembinaan lebuh raya berkembar yang menempatkan kediaman buruh binaan projek terbabit terbalik ekoran hujan lebat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saidon Moktar, berkata kawasan runtuhan itu dianggarkan seluas 1,000 kaki persegi.

“Kejadian ini membabitkan empat kontena buruh binaan lebuh raya berkembar ini yang tertimbus ekoran kejadian runtuhan tanah berkenaan.

“Mayat pertama ditemui kira-kira jam 3.40 petang tadi, manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

LIHAT video:
https://youtu.be/KhIN3WxqcBY

………
https://pakdin.my/tanah-runtuh

UTAMABERITA Tanah runtuh Bukit Kukus: 3 maut, 12 masih tertimbus

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium