28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

[VIDEO] TEMBAK BEKAS ISTERI DAN DIRI SENDIRI DI MENARA CENTARA CHOW KIT

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya sebelum dia menembak pula dirinya hingga mati di Tingkat 16, Menara Centara di Jalan Chow Kit di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata kejadian berlaku pada 3.15 petang tadi.

Beliau berkata seorang lelaki dilapor datang ke pejabat bekas isterinya yang merupakan kakitangan sebuah firma di bangunan itu.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki tersebut melepaskan kira-kira empat das tembakan terhadap mangsa. Dua tembakan mengenai bahagian belakang dan paha kanan mangsa sebelum suspek menembak pula dirinya di kepala,” katanya kepada pemberita di lokasi kejaian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun datang ke pejabat bekas isterinya yang berumur 46 tahun dengan membawa pistol dan sebilah parang kira-kira 2.50 petang.

Rusdi berkata ketika kejadian, di pejabat mangsa terdapat kira-kira lebih 20 kakitangan, bagaimanapun kesemua mereka selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek dan mangsa telah bercerai sejak lima tahun lepas dan mempunyai tiga orang anak berumur antara 16 hingga 24 tahun.

“Suspek sebelum ini pernah menggangu mangsa dan mangsa telah membuat laporan polis,” katanya.

Mengenai motif sebenar kejadian, beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu seorang saksi kejadian Mohd Rafiq Mohd Shahril, 37, yang bekerja sebagai kerani di Tingkat Tujuh bangunan itu berkata dia pada mulanya menyangka bunyi tembakan itu adalah bunyi mercun.

“Ketika itu saya berada di dalam pejabat, tiba-tiba saya terkejut dengar bunyi seakan mercun yang kuat.

“Bagaimanapun sangkaan saya meleset apabila rakan saya memaklumkan telah berlaku kes tembak di Tingkat 16. Tidak lama kemudian pengawal keselamatan mengarahkan kami agar mengosongkan bangunan itu,” katanya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan