[Video] Temberang 1MDB Madey Didedah Peguam Ulung US, Pensyarah Harvard - pakdin.my


https://youtu.be/BVBM9xK_phg

PEGUAMBELA MAHKAMAH AGUNG AS SAHKAN TIADA SIASATAN LANJUT TERHADAP 1MDB

“Buat masa sekarang, tiada siasatan dijalankan terhadap 1MDB, sebaliknya hanyalah terhadap sekiranya terdapat pembelian sebarang aset di Amerika Syarikat menggunakan wang daripada 1MDB,” itulah ulasan daripada Thomas C Goldstein, seorang peguambela terkemuka di Mahkamah Agung Amerika Syarikat apabila diajukan soalan berkenaan siasatan terhadap 1MDB.

Tom Goldstein ditemui berkata demikian semasa sesi dialog “Criminal Litigation in the United States of America” di Fakulti Undang-undang UiTM pagi tadi.

Menurut Tom lagi, berdasarkan Perlembagaan Amerika Syarikat, tiada individu yang boleh dirampas asetnya tanpa melalui proses perbicaraan dahulu.

Tom berkata, Department of Justice atau DoJ bertindak membuka siasatan atas aduan yang telah dibuat oleh beberapa individu yang telah ke Amerika Syarikat dari Malaysia.

Siasatan DoJ tertumpu kepada sekiranya terdapat pengaliran wang daripada 1MBD kepada pembelian aset-aset seperti dalam aduan yang telah dibuat. Menurut Tom lagi, buat masa sekarang, DoJ tidak menemui sebarang salah laku jenayah di dalam aduan tersebut.

Apabila ditanya kepada siapa harus DoJ pulangkan aset yang telah dibeku, Tom berkata DoJ sedang dalam dilema kerana 1MDB telah mengesahkan bahawa pihak mereka tiada kehilangan wang walhal aduan yang dibuat (bukan oleh 1MDB) menyatakan wang tersebut dari 1MDB.

DoJ telah menghentikan pembekuan aset buat sementara waktu kerana tiada jenayah yang dilaporkan, cuma DoJ akan meneliti sekiranya terdapat lagi pengaliran wang yang besar dari luar negara untuk membeli aset-aset di Amerika Syarikat.

Beliau turut ditanya adakah DoJ menghentikan siasatan kerana 1MDB tidak pernah melaporkan kehilangan wang syarikat, Tom mengiyakan pertanyaan tersebut, sekaligus memberi isyarat bahawa individu-individu yang telah membuat aduan tersebutlah harus menampilkan bukti bagaimana mereka tahu 1MDB kehilangan wang sedangkan mereka bukanlah bekerja dengan 1MDB maupun mempunyai kaitan dengan organisasi itu.

Tom merupakan peguambela yang berpengalaman di Amerika Syarikat, pernah mengajar di Sekolah Undang-undang Harvard dan Stanford.


Rujukan:
https://seademon.me/2017/12/04/what-1mdb-suit/
http://www.mynation.news/2017/12/us-supreme-court-lawyer-there-is-no-action-against-1mdb-in-the-united-states/
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Tom_Goldstein
 

UTAMAEDITORIAL1MDB Temberang 1MDB Madey Didedah Peguam Ulung US, Pensyarah Harvard

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium