[Video] Tiada rekod kemasukan RM90 juta dari 1MDB ke akaun PAS – SPRM - pakdin.my

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada sebarang wang berjumlah RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi PAS setakat ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya sejak awal bulan ini mendapati tiada bukti transaksi yang boleh dikaitkan dengan dakwaan tersebut.

“SPRM setakat ini memang mendapati tidak berlaku kemasukan RM90 juta yang dikatakan daripada 1MDB ke dalam akaun PAS,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 24 orang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan yang mahu tahu berapa ramai lagi saksi akan dipanggil dan kesediaan SPRM untuk menutup kes tersebut.

Sebelum ini, beberapa individu telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan iaitu Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=9aqDUjse-qQ

https://pakdin.my/tag/sarawak-report

UTAMAPOLITIK Tiada rekod kemasukan RM90 juta dari 1MDB ke akaun PAS -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium