GEORGE TOWN: Kebakaran berlaku di tingkat lima bangunan Komtar di sini pada pagi Sabtu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira pukul 10 pagi.
Kejadian dikatakan bermula kira-kira pukul 9.30 pagi.
“Ketika kami tiba di tempat kejadian, didapati bahawa pusat komersial di tingkat 5 terbakar.
“Api merebak ke arah struktur bumbung pusat komersial itu. Tiada siapa yang cedera,” katanya.
Anggota bomba sedang membersihkan kawasan itu.