[Video] Trump Puji Najib, Perjuangan Membela Rohingya Makin Positif - pakdin.my

Ini adalah apa yang dikatakan oleh Presiden Amerika Syarikat yang paling berkuasa di dunia mengenai Perdana Menteri YAB kita pada sidang kemuncak Amerika Syarikat – ASEAN di Manila semalam:

“Prime Minister Najib is a good friend of mine, a very good friend of mine. We have known each other before I became President, when I was in the business world. In life you will never know where you will end up”. He was looking at the other ASEAN leaders when he was saying it. Wow!!


https://youtu.be/RbglCsUrZIk

Sentuhan Datuk Seri Najib Razak terbukti cemerlang. Walau apapun yang dilakukan oleh Perdana Menteri, ternyata ia membuahkan hasil terbaik meskipun dikecam dan diserang dari pelbagai sudut.

Ini termasuklah perjuangan ikhlas beliau dalam membela nasib etnik Rohingya. Keseriusan perjuangan Najib ini dapat dilihat apabila beliau membawakan isu berkenaan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada September lalu, ketika melawat Rumah Putih.

Pada masa itu, pembangkang merendah-rendahkan perjuangan Najib dan pelbagai tohmahan serta fitnah dilemparkan, seolah-olah mereka berada bersama Trump ketika itu.

Dari meragui status lawatan bertemu Trump yang dikatakan bukan standard lawatan negara sehinggalah kepada warna tali leher juga dipertikai mereka.

Akhirnya mulut pembangkang tertutup apabila Trump telah memuji Najib sebagai pemimpin yang cemerlang dalam kerjanya. Pujian itu dilakukan beliau di Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Filipina.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Najib atas kecemerlangan penganjuran majlis dialog ini dan saya sangat menghargainya. Anda menyelaraskannya dengan baik dengan kami,” kata Trump.

Ternyata apa yang diusahakan oleh Najib dalam perjuangan membela nasib Rohingya mendapat perhatian hinggakan Kanselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi yang sebelum ini dikritik kerana membisu terhadap penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap etnik tersebut, telah membuka mulut.

Suu Kyi yang hadir pada sidang kemuncak ASEAN itu menyatakan kerajaan Myanmar sedang berunding dengan Bangladesh, yang menjadi tumpuan lebih 600,000 pelarian sejak krisis ini bermula Ogos lalu, bagi mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentukan penghantaran balik pelarian tersebut dari sempadan kedua-dua negara.

Suu Kyi pada sidang pleno itu juga telah menyatakan kesediaan kerajaan beliau untuk memberi kerjasama kepada misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya yang masih berada di Rakhine.

Akhirnya ucapan tahniah paling tepat diberikan buat Perdana Menteri yang telah berjuang habis-habisan dalam isu ini. Sejak Disember 2016 lagi beliau telah menyuarakan akan keprihatinan terhadap pelarian Rohingya ini.

Ternyata beliau tidak mungkir janji. Tidak seperti pemimpin pembangkang lain yang suka buat pusingan u dalam semua aspek. Bukan itu sahaja, pembangkang juga suka menyalahkan orang lain dan disebabkan itulah mereka tidak layak memimpin negara.

UTAMAPOLITIK Trump Puji Najib, Perjuangan Membela Rohingya Makin Positif

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium