[Video] Trump tandatangani perintah eksekutif larangan transaksi TikTok, WeChat - pakdin.my

WASHINGTON ― Presiden Donald Trump pada Khamis  menandatangani dua perintah eksekutif melarang sebarang transaksi oleh syarikat dan penduduk Amerika Syarikat (AS) untuk aplikasi media sosial TikTok serta WeChat, bermula 20 September, lapor Agensi Anadolu.

“Penyebaran aplikasi mudah alih di AS, khususnya, yang dibangunkan dan dimiliki syarikat China, terus mengancam keamanan negara, dasar luar serta ekonomi AS,” menurut perintah eksekutif itu.

Menurut kedua-dua perintah itu AS “mesti mengambil tindakan agresif” terhadap pemilik TikTok dan WeChat “untuk melindungi keselamatan negara kita.”

Pada 3 Ogos, Trump memberi tempoh sehingga 15 September kepada bakal pembeli operasi TikTok AS untuk membuat perjanjian, mengancam akan melarang aplikasi video di negara itu.

Menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan negara, Trump menegaskan beliau tidak mahu TikTok berada di bawah kawalan China.

“Tempoh akan tamat pada 15 September, kecuali Microsoft atau orang lain dapat membelinya dan membuat perjanjian yang sesuai.” ― Bernama

Janngan lupa subscribe

UTAMAGAYA HIDUP Trump tandatangani perintah eksekutif larangan transaksi TikTok, WeChat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium