[Video] Ubah bahasa Negaraku tidak patut berlaku – Najib

0
58
Dato Seri Najib Razak ketika menghadiri Perhimpunan Puteri UMNO | pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata lirik lagu Negaraku yang diubah kepada Bahasa Mandarin tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, lagu kebangsaan itu sememangnya dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.

“Perkara ini tak sepatutnya dilakukan sebab Negaraku memang bahasanya memang bahasa kebangsaan kita.

“Itu satu kewajipan bagi kita untuk mengamalkan seperti mana yang ditentukan prinsipnya dalam bahasa kebangsaan kerana itu adalah bahasa kebangsaan kita,” katanya ketika ditemui semasa Dialog bersama Mahasiswa di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau berkata demikian merujuk penularan video berdurasi 1:22 di media sosial yang memaparkan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku secara beramai-ramai di dalam sebuah kelas menggunakan bahasa Mandarin.

Video itu kemudian menimbulkan pertikaian warganet yang tidak berpuas hati dengan dan menggesa agar tindakan tegas segera di ambil.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan sedang giat menjalankan siasatan perkara tersebut.

Mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968, ianya diwujudkan bagi menjaga kredibliti, prestij, kewbawaan dan maruah lagu Negaraku.