Video VS video - pakdin.my

 

Apa yang Datuk Johari Abdul,Ahli Parlimen PKR Sungai Petani tengah gelak sakan ni?

Oh rupanya ini sebahagian dari klip video ketika beliau berjumpa dengan trio Datuk T – Datuk Sharzly Eskay Abdullah,Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib lazim di sebuah bilik hotel sewaktu awal meletop kisah video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.

Klip video yang disebar menerusi youtube di internet itu pagi Selasa adalah sepanjang 1.59 minit.

Johari datang seorang diri untuk bertemu Datuk T di situ.

Mereka kelihatan mesra dan Johari yang melihat tayangan video itu kedengaran berkata ‘It’s Not About Anwar, It’s About The Scene’.

Datuk T mendakwa semasa pertemuan itu Johari yakin sekali lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Namun dakwa mereka setelah balik beliau menuntut ‘ wang pelincir ‘ untuk dirinya dan RM1juta seorang bagi lima Ahli Patlimen PKR lain yang nak dibawa menonton video berkenaan.

Datuk T dakwa mereka telah menolak permintaan Johari itu.

Jumaat lalu Johari menayangkan kepada wartawan di ibupejabat PKR video ala-majalah 3 terbitannya untuk mendakwa bukan Anwar dalam video seks berkenaan.

Beliau juga tunjuk dirinya di make up jadi macam P Ramlee oleh seseorang di Bangkok untuk mendakwa bahawa wajah Anwar dalam video itu adalah orang yang di make up.

Sementara itu Johari ketika ditemui wartawan di lobi parlimen, petang Selasa, mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai videonya sedang menonton video bersama trio Datuk T telah ditayangkan di beberapa blog.

Beliau juga menafikan pernah meminta wang atau menerima wang pendahuluan daripada Datuk T seperti yang didakwa oleh blogger Papagomo.

“Demi Allah, demi Rasul, saya tak pernah minta. Apa mereka nak buat, suka hati merekalah. Saya tidak menafikan saya menonton video yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim pada 21 Mac, tetapi saya tidak pernah minta duit,” katanya.

Apabila ditanya sama ada dia ada mengucapkan ayat – “it’s not about Anwar, it’s about the scene,” Johari berkata dia tidak tahu dan tidak pasti ada berkata demikian. “ I don’t know. Mungkin, but what is official, dalam tiga sidang media, saya kata ia bukan Anwar. Saya berpegang pada apa yang saya cakap dalam ketiga-tiga sidang media itu. Apa yang disiarkan dalam blog Papagomo itu saya tak tahu.”

Diminta mengulas, mengapa pada sidang media pertamanya beliau berkata dia terkejut sebaik menonton video seks berkenaan, sebaliknya dalam video yang dipaparkan dalam blog Papagomo pagi ini menunjukkan beliau dalam mood riang dan gelak-ketawa, Johari berkata beliau tidak menunjukkan perasaan terkejut itu kerana menghormati bapa saudaranya, Datuk Shuib Lazim.

“Habis tu, you nak I menangis? Uncle I  ada kat situ, saya kena hormatlah. Memanglah saya mesra dengan mereka. Saya kenal mereka. Shuib bapa saudara saya dan Rahim senior saya dalam UMNO dulu. Pada hari itu saya tidak tahu mereka mahu menunjukkan video seks kepada saya.”

Apabila wartawan mempertikaikan video terbitannya yang dipaparkan dalam sidang media minggu lalu tidak menjelaskan di mana Anwar berada ketika video seks dirakamkan, Johari berkata kenyataan isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah, dan anaknya, Nurul bahawa Ketua Pembangkang itu berada bersama mereka pada ketika itu adalah alibi yang cukup.

“Anwar kata dia ada di rumah. Wan Azizah dan Nurul pun kata Anwar ada di rumah. Dalam mahkamah kita panggil alibi. Apa yang anda mahu? Saya tengok video itu 22 minit dan berapa lama nak sampai ke tempat itu? Sekurang-kurangnya tiga jam. Maknanya, Anwar ada alibi. You nak main (seks) berapa lama? I tell you, kalau seseorang suami pergi main (seks), isteri nak protect ke? Kalau seorang bapa buat seks, anak nak protect ke?”

Kenyataan Johari berhubung jam Omega, pada petang Selasa juga bertentangan dengan apa yang beliau perkatakan pada sidang media minggu lalu di mana beliau mendakwa  jam Omega berkenaan adalah milik Eskay.

Wartawan bertanyakan adakah adegan di mana Eskay menunjukan jam tangan kepada Johari yang dipaparkan dalam blog Papagomo, itu menunjukkan jam Omega yang dimaksudkan.

“Omega tak Omega, saya tak tahu. Tapi memang Eskay ada tunjuk jam. I don’t know Omega atau what brand. I don’t care,” kata Johari.

Johari juga ditanya mengapa PKR boleh mempercayai kata-kata pakar forensik dari Thailand, Portnthip dalam kes Teoh Beng Hock, tetapi menolak pakar dari Amerika Syarikat yang mengesahkan bahawa wajah pelaku dalam video seks berkenaan adalah 99.99 peratus mirip photo Anwar yang diberikan kepada mereka.

Johari tidak menjawab soalan itu sebaliknya cuba buat lawak tak kelakar.

“Kedua-dua expert itu dah jumpa Anwar ke belum? Mungkin waktu tarikh itu dia (Anwar) gemuk. Mungkin sekarang perut dia buncit. You kena panggilah kedua-dua expert itu mai tengok Anwar dulu. Mungkin Anwar kena sakit Tibi dah kurus. You never know. Dia tak jumpa Anwar. Biarlah dia jumpa Anwar dulu dan tengok betul ke 99.99 peratus sama.” –  Agendadaily 28/6/2011.

UTAMABERITAVideo VS video

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium