25 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

[Video] Zakir Naik sedih kenyataan beliau di petik diluar konteks

Pendakwah Islam, Dr Zakir Naik memohon maaf susulan ucapannya yang didakwa menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Menerusi satu rakaman video, Zakir berkata, beliau bukan seorang yang rasis dan kenyataannya sebelum ini sengaja ditokok tambah bagi mencetuskan kontroversi.

“Saya sentiasa menjadi orang yang cintakan keamanan kerana itulah yang dituntut dalam al-Quran.

“Misi saya menyebarkan keamanan di seluruh dunia. Malangnya, saya berdepan dengan pengkritik yang cuba menghalang saya daripada menjalankan misi saya,” katanya.

Zakir turut sekali lagi menegaskan, bahawa kenyataannya dipetik di luar konteks sehingga beliau dituduh cuba mencetuskan ketegangan antara kaum di negara ini.

Katanya, beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku sehingga menyebabkan orang bukan Islam menganggap dirinya sebagai seorang yang rasis.

“Rasisme adalah kejahatan, yang saya tolak dengan keras kerana dalam Quran, ia bertentangan dengan prinsip saya sebagai seorang pendakwah Islam,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat, terutamanya bukan Islam sepatutnya mendengar rakaman dan video ceramah penuhnya di pelbagai medium.

“Pada masa yang sama, saya juga dengan rendah hati merayu kepada anda semua, terutama kepada orang bukan Islam, supaya meluangkan masa untuk mendengar ucapan saya secara keseluruhannya di platform YouTube, Peace TV, dan aplikasi mudah alih TV Peace.


“Akhir sekali, saya sangat tersentuh oleh ratusan ribu orang yang terus menyokong saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua, semoga Allah sahaja yang membalas dengan balasan yang terbaik,” katanya.

Semalam, BH melaporkan Zakir memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman selama hampir 10 jam.

Ini kali kedua pendakwah bebas itu memberikan keterangan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Kali pertama beliau memberi keterangan pada jam 3.30 petang sehingga 7 malam, Jumaat lalu.

Pendakwah itu dikatakan memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Berita Berkaitan

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...