[Video]Dana Sumber Zakat Disekat, Penutupan IKSIM Bermula

Kongsi

PENUTUPAN Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) sudah bermula apabila badan pengkaji itu sudah kekurangan dana dan tidak dapat membayar penuh gaji kakitangan sejak bulan Jun.
Ini dinyatakan dalam satu tulisan editorial laman Menara kendaliannya hari ini, yang mengkritik sikap politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa menyokong liberal dan memusuhi IKSIM.

Tulisan itu mendakwa IKSIM menjadi mangsa politik dendam kerajaan PH yang berkongsi sikap dengan pemimpin-pemimpin liberal anti-Islam yang mendominasi pakatan itu.

“IKSIM, sebuah institusi yang selama ini dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menguruskan isu-isu ancaman terhadap kedaulatan Islam ini, kini menjadi sasaran utama balas dendam politik mereka,” jelas tulisan itu.

Menurut tulisan itu, penjelasan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh “bahawa dana zakat fi sabilillah itu telah dibekukan tentunya menimbulkan rasa puas di kalangan kelompok liberalis sekularis dan ekstrimis Evangelis serta penyokong PH.”

IKSIM didakwa telah menghadapi kesukaran kewangan termasuk gagal membayar penuh gaji kakitangannya.

“Pemberhentian (penyaluran dana itu) menyebabkan berlakunya penganiayaan kemanusiaan apabila gaji kakitangan IKSIM tidak dapat dibayar penuh sejak Jun, komitmen pembayaran dengan pelbagai pihak, sewaan dan sebagainya yang terbantut, yang langsung tidak diambilkira oleh pihak CEO MAIWP sejak bulan Mei 2018.”

Jelas tulisan itu, ketua pegawai eksekutif IKSIM telah membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) “mengenai campurtangan politik kepartian dalam urusan dana zakat MAIWP dengan memberhentikan dana zakat IKSIM.”

IKSIM ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam seperti diperuntukkan perlembagaan negara melalui pelbagai aktivitinya dan mengendalikan laman web popular Menara yang dikenali sebagai suara paling lantang mengkritik pihak liberal dan menjawab pelbagai serangan dan salah faham terhadap Islam.

Pertubuhan ini kuat dikecam oleh golongan liberal termasuk ramai pemimpin parti-parti PH terutama daripada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof ialah naib presiden PAN yang konsisten mengkritik IKSIM.

Mujahid pada November 2017 mempertikaikan peruntukan yang diterima IKSIM dalam Bajet 2018 oleh kerajaan Barisan Nasional.

Seorang penceramah agama yang kini berkhidmat untuk DAP, Wan Ji Wan Hussin pula pernah dilaporkan berkata IKSIM menyebarkan pemikiran seperti kumpulan pengganas ISIS apabila mengajak orang Islam supaya tidak mengundi DAP.

……………………………

……………………………
https://youtu.be/t-NLuW39ekM
……………………………

Rujukan:
http://pakdin.my/tag/iksim

http://pakdin.my/tag/jakim


Kongsi

47 Replies to “[Video]Dana Sumber Zakat Disekat, Penutupan IKSIM Bermula

  1. MAAFKAN KAMI WAHAI ULAMA’ DAN TUAN GURU
    BILA ILMU TANPA AHLAK

    Maafkan kami kerana kami tak kenal siapa itu ulama’ dan Tuan Guru.
    Maafkan kami kerana kami hanya menyangka ulama’ hanya duduk di atas tikar sejadah dan mengajar di pondok-pondok tak tahu soal ekonomi, politik, komuniti, kepimpinan global dan isu isu dunia serta negara sendiri.
    Maafkan kami kerana kami menyangka ulama’ sama ‘level’ dengan artis; pelakon dan penyanyi ingin gelamor, popular dan ramai mengaku ustaz yang kebanyakannya kurang arif dengan ilmu agama.
    Maafkan kami umat melayu islam, di kalangan kami ada ‘pakar hadis’, ada ‘ahli sunnah’ dan sebagainya, tetapi mereka tidak membawa kami mengenal mafhum hadis untuk diterjemah dan dipraktikkan dalam kehidupan kami, sehinggakan tulisan mereka menyebabkan kami bergaduh dan bermusuhan, bahkan akhlak mereka sama dengan kami, tiada beza antara mereka dengan kami rakyat yang jahil. Di kalangan kami ada mufti, tetapi sebahagian mereka tidak menegur kesalahan kami dan kesalahan mereka yang menipu, rasuah, berzina, dan Mereka lebih gemar bertegang lidah dalam masalah khilafiyyah. Mereka hanya sering membangkitkan masalah kafir, kafir harbi, rakaat tarawih, selawat antara tarawih, qunut, zikrullah, tahlil dan lain-lain. Perkara yang terang menghina Islam, mengkafir sesama muslim, bercanggahan dengan aqidah mereka diam dan membisu.
    ILMU TANPA AHLAK DAN SABAR AKAN MENUTUP TELINGA KAMI.
    Maafkan kami wahai Tuan Guru, kami mengkritik dan memaki hamun tuan, ada di kalangan kami pengkritik yang tidak cermin diri sendiri. Di kalangan kami ada yang berseluar pendek, rokok di mulut, rantai di leher, gelang di tangan, ‘free hair’, penuh kejahilan di batang tubuh kami, tetapi kami sendiri buta dan kami merasakan lebih mulia berbanding ulamak.
    Maafkan kami wahai Tuan Guru, oleh kerana kejahilan kami Allah tutup hati-hati kami hinggakan kami tidak faham apa yang tuan sampaikan dan kami kata tuan guru ‘kelaut’, tidak menjawab soalan yang diajukan dengan betul dan tepat. Padahal rupa-rupanya akal kami yang bodoh, hati kami yang hitam hingga Allah tak berikan kefahaman kepada kami.
    Maafkan kami wahai Tuan Guru, penghinaan kami kepada Tuan Guru seolah-olah kamilah yang maksum, seolah-olah kamilah yang ada tiket ke syurga dan kamilah yang memperjuangkan kebenaran. Sedangkan pada masa yang sama Tuan Guru juga lupa janji dan bercakap pun banyak bohong serta agama jadi taruhan untuk kepentingan diri sendiri, disitulah kami merasa Tuan Guru juga sama jahil banyak berilmu tetapi tidak membawa bersamanya ahlak dan sabar.
    Maafkan kami wahai tuan guru, kami maki tuan guru, kami edit gambar tuan, kami guna akaun ‘fake’, supaya kami tidak dikenali, seolah-olah tiada akhirat bagi kami, atau seolah-olah kami mampu hidup seribu tahun lamanya, atau seolah-olah kami tidak akan mati, atau sekurang-kurangnya kami menjangkakan hidup kami masih panjang lagi. Kami lupa bahawa Allah Yang Maha Pencipta itulah yang menentukan hari, tarikh dan masa nyawa kami dicabut. Itu pun setelah menyedari seorang demi seorang rakan-rakan kami yang hampir sama perangai, hampir sama tahap kejahilan, hampir sama taraf kehidupan, hampir sama umur, sama-sama mencaci, memaki, memfitnah kamu, kembali kepada Allah akibat berbagai musibah, walaupun hanya seawal tiga puluhan.

    Wahai Allah, andai ada di kalangan kami yang masih bertapak pada kejahilan, Engkau berikanlah petunjuk dan hidayah, agar kami tidak mati menanti azab di hari akhirat kelak atas kesombongan kami. Jangan Engkau balas atas kesombongan kami sepertimana kaum yang terdahulu telah Engkau timpakan azab.

  2. Sejarah Penubuhan IKSIM

    Bagi menjamin Agama Islam terus berdaulat bersama-sama kedaulatan Raja-Raja Melayu, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, setelah diperkenan oleh Raja-Raja Melayu menerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-225 telah bersepakat untuk menubuhkan IKSIM.

    Penubuhan IKSIM adalah cetusan idea yang telah sekian lama disambut oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan akhirnya berjaya direalisasikan setelah diperbadankan secara rasmi pada 9 Disember 2014. IKSIM melangsungkan mesyuarat kali pertama Majlis Institut Kajian Strategik Islam Malaysia pada 10 Disember 2014.

    ke pasal ada nama najib?