[Video]Penculik bersenjata M16 culik dua nelayan di perairan Semporna - pakdin.my

KOTA KINABALU: Dua nelayan warga Indonesia diculik oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dengan aktiviti menculik untuk wang tebusan (KFR) di perairan Pulau Gaya, Semporna, semalam.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika mengesahkan perkara itu berkata, dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, dua lagi rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan bersembunyi di kapal itu.

Omar berkata, terdapat empat kru berada di atas kapal itu sewaktu kejadian tersebut dan mangsa yang culik berusia di antara 30 hingga 40-an bekerja dengan syarikat Dwijaya Seafood sebagai nelayan.

“Mangsa ialah juragan kapal yang dikenali sebagai Samsul Saguni, 40, dan, Usman Yunus, 35, manakala dua lagi rakannya mereka yang berjaya menyelamatkan diri ialah Bakri Basir, 21, dan Tuba Damar, 37.

“Saksi kejadian yang juga salah seorang rakan mangsa yang terselamat memberitahu dua penculik terbabit bertopeng dan berpakaian gelap serta membawa senjata untuk menculik rakannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Maal Hijrah 1440H/2018M di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu di sini hari ini.

Omar berkata, saksi berkenaan turut memberitahu, dia segera bersembunyi di dalam sebuah bilik di hadapan Kapal Dwijaya 1 selepas mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat kelibat dua lelaki bersenjata api dipercayai M16 menaiki kapal mereka.

Beliau menambah, pihaknya akan memaklumkan pejabat kedutaan Indonesia berhubung insiden itu sementara menyiasat kedudukan mangsa yang diculik sama ada masih berada di perairan negara atau tidak.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 3 akta Senjata Api dan Penalti Lebih Berat (FIPA)

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=5HsjoeqS0Ok

………..

https://pakdin.my/tag/culik

UTAMABERITAPenculik bersenjata M16 culik dua nelayan di perairan Semporna

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium