Viral Gajah Mengamuk Di Jeli PALSU - pakdin.my

viral-gajah-mengamuk-jeli-palsu

Gerik : Tiada insiden gajah menyerang lima hingga enam kereta di Jalan Jeli-Gerik seperti yang ‘viral’ di laman sosial hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya khabar angin dan menyebarkan maklumat tidak tepat apatah lagi ketika ramai penduduk dari Kelantan menggunakan laluan itu untuk pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Jurucakap PERHILITAN negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak dimaklumkan berhubung sebarang kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman menyangkal dakwaan mengenai amukan gajah itu.

“Kes kemalangan jalan raya yang disebarkan berlaku pada Aidilfitri kedua disebabkan jalan licin akibat hujan di kawasan berkenaan. Tiada kaitan dengan gajah,” katanya.

UTAMABERITAViral Gajah Mengamuk Di Jeli PALSU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium