27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Viral: Jakim Tidak Pernah Keluar Logo Halal Kepada Produk Haram

Perbuatan dajal edit gambar untuk menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat Islam. Perbuatan tidak bertanggungjawab oleh yang edit gambar dan kongsi gambar tanpa usul periksa.

babi-tin-halal-palsu

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menegaskan bahawa jabatan itu tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada mana-mana produk makanan yang disahkan haram.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata siasatan telah dijalankan berikutan penyebaran beberapa keping gambar di laman sosial yang memaparkan makanan haram dengan logo halal palsu dijual di pasar raya di Sarawak, baru-baru ini.

“Hasil siasatan Jakim di pasar raya di Miri dan Kuching mendapati tiada produk makanan yang memaparkan logo halal palsu di pasaran seperti didakwa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa gambar yang disebarkan merupakan gambar yang sengaja diedit dengan meletakkan logo halal.

Baru-baru ini, beberapa keping gambar makanan dipercayai daging khinzir dalam tin dengan logo halal dijual di sebuah pasar raya tersebar di media sosial yang mengundang keresahan pengguna dari kalangan umat Islam.

Sehubungan itu, Hakimah berkata Jakim menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung penjualan, pengedaran atau penyimpanan produk tersebut agar tampil membantu sekiranya ia benar-benar berlaku.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan