33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Viral Kes Kanak-Kanak Dirogol Ditemui Mati Tidak Berlaku Di Sabah

Tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menyiarkan berita palsu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kejadian sebenarnya berlaku di Indonesia
Kejadian sebenarnya berlaku di Indonesia

Polis Kota Kinabalu pada Isnin menafikan insiden melibatkan seorang kanak-kanak yang dilaporkan mangsa rogol ditemui mati dalam kotak biskut, seperti yang tersebar luas menerusi aplikasi Whatsapp, berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata insiden itu sebenarnya berlaku di Jakarta, Indonesia dan bukan seperti yang disebarkan dalam media sosial tersebut.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebar dan menyiarkan maklumat yang salah kepada orang ramai kerana ini akan mendatangkan kegusaran awam,” katanya dalam satu kenyataan disini Isnin.

Chandra berkata tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menyiarkan berita palsu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

mayat-dalam-kotak-sabah-viral-palsu

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan