24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Viral: Pasar raya di Terengganu lupus 63kg cili kering kerana gambar tikus

KUALA NERUS: Sebuah pasar raya di daerah ini melupuskan 63.8kg cili kering demi mengembalikan keyakinan pengguna, selepas gambar tikus dalam longgokan cili kering disebarkan menerusi laman media sosial, Isnin lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat berkata, 5 petugas KPDNKK pergi ke pasar raya itu untuk memastikan kesahihan gambar berkenaan.

“Pihak pengurusan pasar raya itu memaklumkan sudah melupuskan semua 63.8kg stok cili kering yang masih berbaki.

“Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil dan tidak lagi secara terbuka di dalam kotak besar seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri,
Nawi Mohamad, hari ini.

Azlan berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda, kerana ia di bawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.

“Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap melibatkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya,” katanya.

20161017-tikus-dalam-cili-kering

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan