Viral: Penahanan Miss Universe Filipina Tidak Benar - pakdin.my

20161024-miss-universe-filipina

KUALA LUMPUR: Laporan kononnya Miss Universe 2015, Pia Alonso Wurtzbach, dari Filipina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana cubaan menyeludup 10 kilogram kokain, disahkan tidak benar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan berita berkenaan yang tersebar di media antarabangsa menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

Dalam laporan itu, media mendakwa Wurtzbach ditahan selepas pemeriksaan terhadap beg miliknya menemui dua bungkusan kopi berisi serbuk putih disyaki dadah.

Laporan itu mendakwa, serbuk putih yang ditemui dalam beg berkenaan kemudian disahkan dadah jenis kokain.

Wanita berusia 27 tahun itu dikatakan tiba di KLIA dari Manila, Filipina tengah hari, semalam.

UTAMAPOLITIKViral: Penahanan Miss Universe Filipina Tidak Benar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium