Rata-rata pengguna lama sosial menyatakan rasa tidak puas hati dan meluahkan kekesalan mereka selain mempersoalkan tindakan wanita itu yang memberikan kanak-kanak tersebut menghisap vape.

Salah seorang pengguna Facebook, Mohd. Zailani Ridzwan bukan sahaja mempertikaikan tindakan wanita itu malah beranggapan apa yang berlaku tersebut adalah ‘hasilnya’ berikutan penggunaan vape dibenarkan.

“Adakah ini bentuk nilai tambah akibat daripada menghisap vape,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik akaun Saya Adalah Ezri turut menyatakan kerisauan dengan penyalahgunaan vape oleh sesetengah individu.

“Tolonglah, dadah pun tak berbahaya kalau digunakan dengan betul. Yang salah guna sahaja jadi bahaya. Sama seperti vape,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Wais Al-Qarni melalui laman sosial Facebook juga menyatakan kekesalan dan mahu masyarakat menilai semula kebaikan dan keburukan vape.

“Anda nilaikan sendiri akhlak penghisap vape. Baik rokok mahupun vape kedua-duanya mendatangkan kemudaratan,” ujarnya.

TuxedoMask Adam Mikhail pula menulis, disebabkan kebodohan wanita terbabit, semua penghisap vape terkena tempias.

“Polis Diraja Malaysia sila ambil tindakan yang sepatutnya. Dakwalah atas akta mana pun, tidak kisah asalkan wanita itu insaf,” katanya.

Turut berkongsi kekesalan ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah Noor Hisham Abdullah.

“This video summarised all our concerns (Video ini merumuskan semua kebimbangan kami),” katanya.

wanita-gila-bagi-anak-hisap-vape