Wabak Influenza: Nur Dinie kini kritikal, mati otak

JOHOR BAHRU – Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia, 7, yang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana disyaki dijangkiti influenza, kini dalam keadaan kritikal.

- Advertisement -

Ayahnya, Muhammad Nor Ain, yang ditemui pemberita di luar ICU HSA, memberitahu imbasan yang dijalankan tengah hari tadi mendapati anak bongsunya itu mengalami jangkitan pada hati dan disahkan mati otak.

Sambil menahan sebak, beliau memberitahu yang Nur Dinie dimasukkan ke ICU HSA sejak empat hari lalu, selepas kesihatannya merosot ketika dalam rawatan di sebuah hospital swasta, di sini.

“Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya tiba-tiba merudum apabila mengalami demam minggu lalu.

“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum disahkan dijangkiti Influenza A dan dirujuk ke sebuah hospital swasta.

“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia dirujuk ke HSA sebelum dimasukkan ke dalam ICU bagi pemantauan pakar, ” katanya dipetik dari Facebook portal Voice of Johor.

Pagi tadi, Jabatan Kesihatan Johor (JKJ) mengesahkan seorang murid Tahun Satu yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di negeri ini, dijangkiti Influenza A seperti ditularkan dalam media sosial.

Kisah Nur Dinie Damia yang didakwa kritikal dan sedang dirawat di ICU sebuah hospital kerajaan, di sini, sejak beberapa hari lalu tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu,Muhammad Nor Ain merayu masyarakat tidak menularkan berita palsu mengenai anaknya termasuk mengatakan Nur Dinie sudah meninggal dunia.

“Kami amat sedih dengan kelakuan tidak bertanggungjawab itu. Pakar HSA sedang bertungkus lumus memastikan keadaan anak saya pulih.

“Walaupun pakar HSA memaklumkan otak Nur Dinie didapati mati apabila melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), namun kami masih berharap kesihatannya kembali pulih, ” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Adakah Kadir Jasin kroni, proxy atau dia benar-benar billionaire?

Ramai yang mungkin tidak tahu, Pak Kadir merupakan antara orang Melayu paling kaya dalam Malaysia pada tahun 1990an. Dia pernah menjawat sebagai pengarah dan penah...

Adakah Kadir Jasin kroni, proxy atau dia benar-benar billionaire?

Ramai yang mungkin tidak tahu, Pak Kadir merupakan antara orang Melayu paling kaya dalam Malaysia pada tahun 1990an. Dia pernah menjawat sebagai pengarah dan penah...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Hina Agong; Penganggur menggigil di denda RM20,000 atau 9 bulan penjara

Seorang penganggur menggigil serta hampir rebah apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM27,000 atau penjara 9 bulan kerana membuat hantaran...

反贪会查槟海隧舞弊案 下周找曹观友彭文宝问话

反贪会就槟城海底隧道涉嫌舞弊案件的调查,下周二(7日),槟州首长曹观友将接受反贪会的问话,而槟州行政议员彭文宝则在7月6日(周一)接受问话。

Jualan kereta Proton melonjak pada Jun 2020

Proton Holdings Bhd mendapat manfaat susulan peningkatan jualan kereta sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun apabila kereta jenama nasional itu diunjur...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?