32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

Wakil Pas rayu Pusat ambil alih lebuh raya rakyat

lebuhraya-pas-kelantan - 2

Wakil rakyat Pas merayu Kerajaan Pusat mengambil alih sepenuhnya pembinaan lebuh raya rakyat dari Machang ke Kuala Krai sepanjang 30 kilometer yang telah dilancarkan kerajaan Pas Kelantan pada Mei 2012 dengan memohon derma daripada orang ramai.

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad (Pas-Pasir Puteh) berkata, ini berikutan tanggungjawab membina lebuh raya terletak sepenuhnya di bahu Kerajaan Pusat bukannya kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian berikutan Kerajaan Pusat telah bersetuju membina 20 kilometer daripada laluan itu yang termasuk dalam jalan lingkaran tengah (CSR) kerana memahami kekangan kewangan kerajaan negeri serta masih perlu menyiapkan baki 10 kilometer yang tinggal.

lebuhraya-pas-kelantan-1

“Kalau wakil rakyat balik ke Kelantan dengan kereta, letih sebab tiada lebuh raya. Soalan saya yang cukup menarik adalah 10 kilometer yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri boleh ke kalau Kerajaan Pusat ambil alih,” katanya dalam soalan lisan kepada Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika melancarkan lebuh raya yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai memohon derma sebanyak RM1.8 bilion daripada rakyat Kelantan untuk membantu menyiapkannya kerana kekangan kewangan dihadapi kerajaan negeri.

Isu pembinaan lebuh raya rakyat ini terus menjadi perbualan hangat apabila kerajaan Pas Kelantan turut menukar kontraktor yang dilantik beberapa kali selain salah sebuah syarikat tersebut turut memfailkan saman kerana mendakwa di­­tamatkan kontrak tidak mengikut prosedur.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar) dalam jawapannya berkata, Kerajaan Pusat tidak pernah mengabaikan rakyat Ke­lantan dan bersedia membantu, namun belum ada permintaan daripada kerajaan negeri serta keputusan itu perlu dibuat oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab.

“Sebenarnya perancangan atau pengumuman mengenai 30 kilometer ini dibuat kerajaan negeri, selepas kegagalan kontraktor dan kekangan kewangan, kerajaan negeri telah cuba membincangkan perkara ini dengan Pusat.

“Sebagai kerajaan yang prihatin, Pusat sentiasa mendengar dan meneliti cuma kita tidak ada keputusan lagi tetapi dalam pembentangan bajet, kerajaan memberi keutamaan pembinaan CSR, spesifiknya lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai tidak dipinggirkan,” katanya.

Menurut Rosnah, pembinaan CSR yang menelan kos RM8.4 bilion telah bermula sejak Rancangan Malaysia Ke-10 dan turut menjadi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 demi kemudahan rakyat.

“Projek ini telah dipecahkan kepada dua fasa iaitu melibatkan Simpang Pelangai, Bentong (Pahang) ke Kuala Krai, Kelantan sepanjang 390 kilometer dan Kota Bharu ke Kuala Krai sepanjang 61.5 kilometer.

“Sehingga kini kerajaan telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM967 juta iaitu RM819 juta untuk laluan Betong-Kuala Krai dan RM148 juta bagi Kota Bharu ke Kuala Krai,” jelasnya.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Minyak mahal? Ikut harga pasaran pun mahal? Minyak skrg usd40 1 barrel tak payah tapis terus jual ikut harga usd40/barrel.
    Pendqpatan negara dari hasil minyak dah jatuh merudum tapi masih kena tampung subsidi.
    Sebelum Petronas bagi pada kerajaan 35bil sekarang 9 bil tapi rakyat tetap dengan pendirian mentaliti harga murah dan subsidi.
    Guna akal dan ilmu yang kita belajar di universiti bukan komen ikut sedap jari atau terpengaruh dengan status orang lain yang tak berapa cerdik.
    Tengok ekonomi secara macro bukan setakat harga minyak di pam dan sebut minyak mahal.
    K

  2. Sila kira pengeluaran minyak/bilangan penduduk/kegunaan dalam negara/eksport.
    Kalau lebihan terlalu banyak untuk eksport maka keuntungan eksport boleh lah di gunakan untuk subsidi kegunaan dalam negara seperti Arab Saudi dan Brunei.
    D3ngan harga sekarang usd40/barrel apa yang mampu kerajaan bagi subsidi tak kira minyak atau barang keperluan asas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.