Wan Azizah Kecewa Pemimpin PKR Sabah Keluar Parti - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan rasa kesal dengan tindakan pimpinan parti itu di Sabah keluar beramai-ramai untuk bergerak dalam parti baru.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Wan Azizah berkata amalan wakil rakyat meninggalkan parti yang menjadi tiket untuk mereka terpilih dalam pilihan raya tidak boleh dibiarkan.

Wan Azizah berkata beliau cuba memahami apa yang diperlukan oleh rakyat Sabah dalam usaha mereka menghadapi BN.

“PKR adalah parti pelbagai kaum nasional pertama mengiktiraf hak rakyat Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia.

“Kami menjadikan sambutan Hari Malaysia, Borneonisasi dan isu kuasa autonomi Sabah sebagai isu perdana lama sebelum pihak lain menyertainya.

“Walaupun begitu saya bercadang untuk membawa PKR menjadi daya penggerak yang menyatukan semua kuasa menghadapi BN di Sabah dan tempat lain.

“Selepas 18 tahun dan mengalami situasi turun naik, PKR kekal satu-satunya parti yang membawa semua kaum dan kumpulan di atas platform berbilang bangsa dan progresif.

“Kami adalah satu-satunya parti dalam sejarah Malaysia memiliki wakil rakyat di setiap negeri dan setiap etnik,” katanya.

Semalam ramai pimpinan PKR Sabah – diketuai bekas timbalan menteri Datuk Lakim Ujin – mengumumkan keluar daripada parti berkenaan untuk bergerak dalam parti baru berasaskan Sabah.

Menurut Lajim Sabah perlu dibebaskan daripada belenggu ‘simpanan tetap’ kepada mana-mana kuasa politik yang “hanya mahukan sokongan rakyat Sabah untuk ke Putrajaya” tanpa menghormati sepenuhnya kedudukan negeri itu sebagai wilayah yang setaraf dengan negeri lain dalam Malaysia.

Keputusan pilihan raya Sarawak baru-baru ini juga dilihat menjadi faktor kepada Lajim serta pimpinan DAP dan PKR Sabah meninggalkan parti masing-masing.

Kata Dr Wan Azizah walaupun Lajim dan rakan-rakannya meninggalkan PKR beliau yakin ADUN Klias itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan Sabah menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan semua kerusi ditandingi atas formula satu lawan satu.

“Kita mesti kembali kepada rakyat kerana kita terikat dengan kesetiaan kepada mereka,” katanya.

wan-azizah-kabinet-bayangan

UTAMAPOLITIKWan Azizah Kecewa Pemimpin PKR Sabah Keluar Parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium