Sokongan secara tiba-tiba Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berpunca daripada pengalamannya sendiri dalam penjara, dakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu yang ditahan bersama peguamnya, Matthias Chang kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara mungkin telah “bertaubat” selepas jatuh sakit di dalam penjara.
Khairuddin dikenali sebagai menyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Anwar pada 1998.
Anwar telah dipenjarakan atas tuduhan liwat.
“Apabila dia (Khairuddin) masuk penjara, dia mesti telah bertaubat selepas ditangkap dan terkena denggi,” kata Ketua Pembangkang itu kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.
Sebelum ini Khairuddin dilaporkan berkata bahawa pembebasan Anwar daripada Penjara Sungai Buloh itu penting kerana beliau dapat berperanan sebagai ketua pembangkang yang efektif untuk negara.
Wan Azizah: Khairuddin ‘Bertaubat’ Kerana Denggi https://t.co/SzH0SuSPVE
Wan Azizah: Khairuddin ‘Bertaubat’ Kerana Denggi https://t.co/uCu4lHUZXS
Wan Azizah: Khairuddin ‘Bertaubat’ Kerana Denggi: Sokongan secara tiba-tiba Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan t… https://t.co/fEu1xiUYh1
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Kamaruzaman Lop liked this on Facebook.
Wan Azizah: Khairuddin ‘Bertaubat’ Kerana Denggi: Sokongan secara tiba-tiba Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan t… https://t.co/c91GLM41hF
Paul Bintara liked this on Facebook.
Raja Alias liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Syed Amiruddin Al-Habshee liked this on Facebook.
Azlan Bpr liked this on Facebook.