30 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

Wan Azizah Mahu Mahathir Minta Maaf Tuduhan Liwat Ke Atas Anwar Ibrahim

Lama tidak nampak airmata Wan Azizah jatuh. Semalam, ketika menyampaikan ucapan di Kuala Lumpur, Wan Azizah menangis. Air mata mencurah mencurah kerana terkenang apa yang “Mahafiraun” lakukan pada suaminya dulu.

“Saya masih ingat pada 1999, itulah kali pertama saya menyertai pilihanraya sebagai calon”

“Saya isteri kepada orang politik. Saya bukan orang politik. Namun tragedi yang berlaku ke atas keluarga saya membuat saya bersama sama dalam perjuangan ini” kata Wan Azizah.

Selepas mengungkapkan ayat tersebut, terus “hujan” turun. Kotak tisu pun datang memanyungi. Wan Azizah menangis kerana teringat kes suaminya dipenjarakan kerana kesalahan liwat.

Siapa yang Wan Azizah marah sangat pada masa itu? Siapa yang mahu dilawan Wan Azizah dan mereka yang berdemo di Dataran Merdeka pada masa itu? Mahathir lah orangnya.

Mahathir sudah membasuh semua dosa dosa yang dilakukan oleh Kit Siang dan DAP. Parti yang dulu Mahathir anggap sebagai “syaitan” dan paling rasis itu kini suci murni di sisi Mahathir.

Dalam ceramah dan dalam tulisannya, Mahathir mencuci bersih semua dosa dosa DAP. Namun Mahathir belum lagi memaafkan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah secara terbuka mengenai kes liwat.

Biarpun Mahathir sudah pakai badge “free Anwar”, sign petition bebaskan Anwar dan solat hajat mahu Anwar dibebaskan, namun secara terbuka Mahathir belum menjelaskan pendiriannya berkaitan kes liwat Anwar.

Bila ditanya mengenai kes liwat Anwar Ibrahim pada forum Nothing To Hide 2.0, Mahathir tidak menjawab dengan jelas. Mahathir cuba berdolak dalih mengenai persoalan liwat Anwar Ibrahim ini.

Sikap dolak dalih Mahathir ini sudah dihidu oleh geng geng reformis dan orang orang Anwar. Oleh kerana itu, dalam setiap program Mahathir mereka tiada.

Nurul Izzah pun sudah memuji ucapan Datuk Seri Najib lebih fokus kepada rakyat berbanding ucapan pemimpin pembangkang. Sebenarnya, Nurul Izzah menyindir Mahathir.

Mahathir buat ucapan mengata orang lain, cakap hendak buang penjawat awam dan hina bangsa orang lain. Inilah punca tiga program Mahathir di Petaling Jaya, Alor Setar dan Kangar menjadi hambar.

Wan Azizah sendiri sudah “tarik muka” semasa demo di Petaling Jaya. Dalam kepalanya mungkin terkenang apa yang “Mahafiraun” lakukan dulu pada suami dan keluarganya.

“Mahafiraun” itu duduk sekarang duduk pula atas satu pentas dengannya. Sebab itulah Wan Azizah kata dia bukan seorang “politician”, dia hanya isteri kepada “politician”.

Maksudnya dalam hati Wan Azizah, masih ada lagi perasaan marah dan dendam pada Mahathir. Secara tidak disedari perasaan itu diluahkan secara spontan dengan titisan air mata.

Mahathir belum memaafkan kesalahan liwat Anwar dan apa yang dia lakukan dahulu pada tahun 1999. Wan Azizah juga tidak boleh berbohong mengenai perasaan marahnya pada Mahathir. Ianya masih ada.

Pakatan Harapan yang tidak ada keikhlasan dan saling menyimpan dendam kesumat ini umpama parut lama yang masih berdarah. Sesama sendiri mereka boleh bergaduh pada bila bila masa sahaja.

Rakyat kena cerdik, jangan terpedaya dengan mereka ini. Pembangkang tidak berpakat pun sebenarnya. Airmata Wan Azizah ini menjadi saksi, sesama mereka masih lagi menyimpan dendam dan marah.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...