Wan Azizah mungkin bukan MB, istana pilih ADUN lelaki #pakdin.my

504wan-azizah-06rank2

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan bukan ADUN Selangor yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Selasa ini.

Ini berdasarkan sumber istana yang dihubungi, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memilih ADUN wanita bagi menjadi Menteri Besar yang baharu, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 23 September ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa ADUN yang bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah, kelak mahupun mendedahkan daripada parti mana ADUN berkenaan.

“Itu saya tidak boleh ceritalah. Biar ia menjadi kejutan kepada semua. Kita tunggu hari Selasa ini,” katanya.

Berkaitan