Wang rakyat dan Kuil haram - pakdin.my

Hari ini dilaporkan bahawa Kerajaan Selangor berkemungkinan akan membelanjakan wang membeli tanah lokasi Kuil haram Sri Maha Mariamman itu, bagi menyelamatkan kuil haram itu daripada dipindahkan. [1]

Ini adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kerana wang bagi membeli tanah itu datangnya daripada hasil negeri. Hasil negeri pula sumbernya adalah sebahagiannya wang cukai rakyat umum. Manakala tanah itu jika dibeli nanti, tujuannya adalah semata-mata supaya kuil haram itu dapat terus berdiri disitu, tiada tujuan lain, hanya itulah tujuannya.

Justeru hal ini bercanggah dengan Perkara 11(2) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan secara jelas, bahawa tiada mana-mana orang boleh diminta membayar apa-apa cukai, jika sebahagian hasilnya digunakan untuk sesuatu agama selain agamanya sendiri.

Ini berbeza dengan wang cukai yang digunakan untuk membina Masjid, kerana Islam adalah agama Persekutuan, justeru ianya dibenarkan di bawah peruntukan lain, iaitu Perkara 3(1). Tetapi menggunakan wang cukai daripada kaum Muslimin, untuk menyelematkan sebuah kuil haram di atas tanah yang bukan miliknya, adalah melampau dan biadab.

Perlu diingat, ini bukan soal perkauman, tetapi soal keperlembagaan. Ini adalah isu konstitusional.

Juga tidak timbul soal menganiaya kaum hindu, kerana pentadbir sah Kuil itu sendiri telah mengakui, bahawa sememangnya Penghakiman Persetujuan telah direkodkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2014 — bayaran pampasan telah diterima oleh mereka, tanah ganti telah disediakan, bahkan kuil baharu di lokasi baharu telah siap dibina dan telah pun mula beroperasi! [2]

Takkan apabila kuil baharu telah siap dibina dan telah mula beroperasi, tapi mereka pula tidak mahu pindah — wah, wah, wah, ini sudah melampau, diberi betis, nak minta peha pula, sampai dapat dua kuil!

Ini bukan isu perkauman, tetapi apabila wang hasil negeri nak dibazirkan semata-mata untuk menyelematkan kuil haram, dalam pada melanggar dan membelakangkan perintah sah Mahkamah dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, maka Melayu-Islam wajar mengenang kembali seruan Sasterawan Negara Usman Awang kira-kira 5 dekad yang lalu:

“Panas dadamu membakar baju

Anak Melayu, namamu telah diseru;
jawablah sebelum lidahmu jadi bisu.”

[1] https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/28/sgor-govt-may-acquire-seafield-land-to-save-temple-decision-to-be-announced-tomorrow/#a8ffkpey6y5o8ilr.01

[2] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/398902/patuhi-arahan-mahkamah-untuk-berpindah

UTAMAPOLITIKWang rakyat dan Kuil haram

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium