28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Wanita 137 kilogram cedera di hutan, 16 anggota bomba bergilir usung

PETALING JAYA — Seorang wanita seberat 137 kilogram yang cedera ketika beriadah di Hutan Simpan Kota Damansara di sini terpaksa diusung oleh 16 anggota bomba secara bergilir-gilir.

Bomba menerima aduan pada 3.14 petang semalam, mendapati mangsa mengalami serangan asma dan kejang kaki sehingga menyebabkannya tidak dapat bergerak, lapor Harian Metro.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bersama tiga pegawai Jabatan Hutan menemui mangsa bersama dua rakannya kira-kira lebih dua kilometer dari kawasan laluan utama,” kata komander operasi Rosdi Hainan.

“Ketika ditemui mangsa yang mengalami serangan asma diberi rawatan awal dan berikutan mangsa tidak boleh berjalan kerana kedua-dua kakinya kejang, pasukan bomba terpaksa mengusungnya keluar.”

Katanya bomba mengambil masa enam jam mengusung mangsa kerana terpaksa beberapa kali berhenti rehat sebelum membawanya keluar dari kawasan hutan.

“Mangsa hanya berjaya dibawa keluar dari kawasan itu sekitar 7.40 malam tadi dan kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Sungai Buloh yang sudah menunggu di jalan utama bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan,” katanya.

Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan