24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Wanita antara enam suspek pengganas Sulu ditahan

Anggota PGA Polis DiRaja Malaysia bersiap sedia mengawal keselamatan

Kota Kinabalu: Enam individu, termasuk seorang wanita yang dipercayai penceroboh Sulu ditahan dalam satu operasi khas polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, di sekitar daerah Kunak, awal pagi semalam.

Mereka yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang individu yang dipercayai berasal dari Filipina ditahan selepas didapati mempunyai kaitan dengan kesultanan Sulu yang cuba membuat tuntutan terhadap Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya turut merampas kad keahlian dan sijil pelantikan Panglima Kesultanan Sulu dalam serbuan itu di beberapa lokasi berasingan di Kunak.

Jumpa senjata tajam

“Dalam serbuan yang turut disertai oleh pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), kita turut menemui dokumen berkaitan kesultanan Sulu dan beberapa senjata tajam yang mungkin bakal digunakan untuk kegiatan serangan atau keganasan.

“Sehubungan itu, semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan dan turut disiasat mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Khas) 2012, SOSMA,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan Bukit Aman, semalam.


Katanya, lima rakyat tempatan yang ditahan dikenali sebagai Abu Bakar Jayari @ Alex, 61; Ilyasa Abu Bakar (Maharaja Omar); Zainuddin Mislani; Industan @ Md Bustan Lumatang @ Hindustan, 56; Sitti Nukah Abdul Lama, 55 dan suaminya, Kassim Ibrahim, yang dipercayai warga Filipina.
“Setakat ini pasukan keselamatan masih menyiasat sejauh mana pembabitan enam individu terbabit berhubung tuntutan ke atas Sabah dan kemungkinan mereka ada kaitan dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu, tahun lalu,” katanya.

Sementara itu sumber berkata keenam-enam suspek itu adalah antara individu yang ditahan dalam Ops Gasak Ke-22, oleh pasukan keselamatan yang diselaraskan oleh ESSCOM, pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek, menafikan berlaku tembak- menembak membabitkan penjenayah rentas sempadan di Kunak, pagi semalam.

Beliau menegaskan, penyebaran khabar angin melalui laman sosial, termasuk aplikasi WhatsApp kononnya berlaku ketegangan di daerah itu tidak benar.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu mungkin disebabkan ESSCOM melancarkan Ops Gasak Ke-22 di pangkalan Kunak.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...