Wanita Ditemui Mati Di Rumah Sewa Kampung Changkat, Gombak Dengan Kesan Jerut Di Leher - pakdin.my

Wanita Ditemui Mati Kesan Jerut Di Leher

Seorang wanita ditemui mati dengan kesan jerut di leher di rumah sewa di Kampung Changkat, Gombak, Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata mayat ditemui anaknya, Yudi Rahmad Hidayat.

Anak mangsa menerima panggilan daripada tuan rumah yang memberitahu, mangsa tidak sedarkan diri.

Sebaik tiba, didapati, ibunya sudah tidak bernyawa di sebuah bilik di tingkat atas.

Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan jerut di leher mangsa yang hanya dikenali sebagai kasmati, berusia 48 tahun.

Mangsa dikatakan baharu tiba dari Indonesia Rabu lalu.

Suaminya bekerja sebagai tukang jahit di tingkat bawah rumah sewa berkenaan.

Sehingga kini polis gagal mengesan suami mangsa.

 

UTAMABERITAWanita Ditemui Mati Di Rumah Sewa Kampung Changkat, Gombak Dengan Kesan Jerut...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium