Wanita Hamil, Anak Maut Dalam Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

wanita-hamil-maut-tanah-runtuh-cameron-highland

Seorang wanita hamil dan anak lelakinya maut manakala suaminya terselamat apabila bukit di belakang rumah yang mereka diami runtuh di Kilometer 46 Jalan Brinchang-Tringkap, Cameron Highlands di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata M Nitiahwaty, 24, yang sedang hamil lapan bulan serta anaknya R Rubeniswaran berusia setahun maut akibat tertimbus tanah manakala suaminya V Raja, 41, patah kaki kiri dalam kejadian pada 5.30 pagi itu.
Wan Zahari berkata mangsa yang tinggal di sebuah rumah di belakang bengkel kereta tidak sempat menyelamatkan diri melalui pintu bengkel berkenaan.
“Raja bekerja di bengkel kereta itu dan mereka mendiami sebuah rumah haram yang hanya diperbuat daripada kayu dan plastik.
“Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi pintu bengkel itu tertutup dan tanah menghempap mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata suami mangsa tertimbus sehingga paras dada namun sempat diselamatkan pihak bomba manakala isteri serta anaknya tidak sempat diselamatkan kerana telah tertimbus.
Wan Zahari berkata kesemua mangsa warga tempatan itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Yusry Abdullah Sani berkata suami mangsa diselamatkan pada 7.15 pagi manakala mayat kanak-kanak itu dikeluarkan kira-kira 8 pagi dan mayat ibunya 30 minit kemudian.
“Ketika menyelamatkan mangsa lelaki itu, beliau berada dalam keadaan lemah kerana separuh badannya telah tertimbus manakala isteri dan anaknya ditemui tertimbus,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply