Wanita hamil cedera ditembak - pakdin.my

 

Seorang wanita hamil empat bulan cedera di kaki kiri terkena tembakan senjata api di rumahnya di Kampung Sungai Ular, Kuantan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu mangsa, Khairunnisa Mat Talib, 37 tahun sedang tidur bersama anak lelakinya,dan tersedar dari tidur selepas merasa sakit di bahagian tapak kakinya.

Wanita Hamil Cedera Ditembak

Mangsa yang mendapati kakinya berdarah segera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Selepas disahkan ditembak, suami mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad, siasatan awal mendapati terdapat percikan serbuk belerang timah dipercayai kesan tembakan di rumah mangsa.

Pihak polis turut menjumpai lubang pada dinding papan bawah tingkap rumah mangsa.

Mangsa dilaporkan stabil namun masih trauma dengan kejadian.

Motif kejadian masih disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITAWanita hamil cedera ditembak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium