28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Wanita hina Agong ditahan – Polis, SKMM cari 4 lagi individu dipercayai rakan Melissa Gooi

SULTAN Pahang Sultan Ahmad Shah (kanan) beramah mesra dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menerima mengadap pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia di Istana Abu Bakar dekat sini, semalam.
SULTAN Pahang Sultan Ahmad Shah (kanan) beramah mesra dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menerima mengadap pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia di Istana Abu Bakar dekat sini, semalam.

Pekan: Wanita yang dipercayai terbabit isu menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah, menerusi laman sosial, Facebook ditahan berhampiran kediamannya di Taman Nirwana, Ampang, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pemilik akaun dengan nama Melissa Gooi, 32, ditahan dalam serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), jam 9.30 pagi semalam. Wanita dipercayai seorang pengurus pemasaran syarikat produk kecantikan itu dikatakan menyembunyikan diri sejak identitinya didedahkan beberapa laman blog.
Menghina Tuanku

Sementara itu di Kuala Lumpur, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajudin Md Isa, berkata Gooi, ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka, dalam laman sosial Facebook pada 1 Jun lalu.


“Dia ditahan selepas polis dan SKMM menerima laporan dari seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan ke atas titah Seri Paduka sempena Hari Keputeraan Baginda.

“Sehingga kini siasatan lanjut sedang dilakukan polis dan SKMM selain mengesan empat lagi kenalan Facebook wanita itu yang turut memberikan komen berbentuk penghinaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mereka dikenal pasti sebagai Weennee Tan; Shuh Chien Loo; Hun Keat Wong dan Carol Tay, yang dipercayai kenalan Melissa.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dalam kenyataannya pula meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai empat individu itu menghubungi Rakan Cop Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-21159999, atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tulis kata-kata penghinaan

Sebelum ini, Gooi dan rakan-rakannya dikatakan menulis kata-kata penghinaan di laman sosial berkenaan ketika Yang di-Pertuan Agong bertitah yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang ditentukan mereka sendiri.

Berikutan itu, berpuluh-puluh laporan polis dibuat di samping mencetuskan bantahan orang ramai.

Bantu siasatan

Sementara itu, SKMM dalam kenyataannya berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.

“Serbuan yang dijalankan adalah berdasarkan maklumat dan siasatan yang diterima daripada orang ramai yang tampil bekerjasama dengan JSJK dan SKMM sehingga membawa kepada penahanan itu.

Menurut kenyataan itu, SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen yang mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja negara ini.

Sementara itu, Gooi dibebaskan dengan jaminan polis lewat petang semalam, manakala telefon bimbitnya dirampas untuk tujuan siasatan.

Mellisa Gooi, Pengurus Pemasaran  Lancome Malaysia sejak 2 bulan lalu.  Mengikut maklumat dipaparkan oleh Linkedin,  dia graduan Macquire University, Australia dan bekas pelajar INTI College Pulau Pinang.
Kepada Carol Tay, bertanyakan soalan …
Ya,   Agong  itu WUJUD  di  Malaysia. Sila Google di sini untuk mengetahui informasi mengenai  Yang di-Pertuan Agong. Are  you a Malaysian, Carol Tay?
Sooner  or  later  all of us  will  know  who those people really are.  Police  could start by asking  Mellisa  to  go to  the nearest police  station.

Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan