Wanita hina Raja Bhumibol dipaksa melutut depan gambar - pakdin.my

BANGKOK: Seorang wanita tempatan yang dituduh menghina mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, dipaksa melutut di depan gambar baginda di di luar balai polis di Samui dengan beratus-ratus orang menjerit mendesak beliau meminta maaf.

Penangkapan wanita itu dan memalukan beliau di khalayak ramai kelmarin adalah kejadian terbaru seumpama itu sejak Bhumibol mangkat minggu lalu selepas menduduki takhta selama 70 tahun, meletakkan Thailand dalam perkabungan.

Dua pegawai polis mengiringi Umaporn Sarasat, 43, ke arah gambar Bhumibol di depan balai polis Bophut di Samui, lokasi beliau melutut dan berdoa, dalam perjalanan ke balai polis dan keluar dari situ.

Orang ramai, sebahagiannya memegang potret baginda, mengejek ketika beliau muncul. Anggota polis terpaksa berbaris sambil memaut lengan antara satu sama lain untuk mengelakkan orang ramai mara.

Sarasat, pemilik perniagaan kecil, yang didakwa menyiarkan komen online yang biadap, akan berhadapan dakwaan menghina monarki.

“Kami akan meneruskan kes itu sebaik yang boleh. Saya faham dengan perasaan anda. Anda datang ke sini kerana kesetiaan kepada Raja. Jangan bimbang, saya janji,” kata ketua polis daerah, Thewes Pleumsud.

Pihak berkuasa juga menggesa orang ramai bertenang ketika media sosial dihujani kritikan terhadap rakyat yang tidak memakai pakaian hitam dan putih sebagai tanda berkabung.

Jurucakap kerajaan berkata, sebahagian rakyat Thailand tidak mampu membeli pakaian untuk berkabung dan menggesa adanya unsur tolak ansur. Ada laporan mengenai kenaikan harga kerana permintaan pakaian itu naik mendadak sejak kemangkatan Bhumibol Khamis lalu.

Beberapa kerajaan asing memberi amaran kepada rakyatnya di Thailand supaya tidak melakukan tingkah laku yang diterjemahkan sebagai biadap.

Jumaat lalu, polis dan tentera Thailand di Phuket menyuraikan beratus-ratus penduduk yang mahu bergaduh dengan seorang lelaki dipercayai menghina raja.

Video menunjukkan orang ramai menghalang jalan keluar dari kedai susu soya dan mengibarkan sepanduk dengan kecaman seperti ‘kerbau’, bahasa slanga tempatan bagi bodoh.

20161018-hina-raja-thailand

UTAMADUNIAWanita hina Raja Bhumibol dipaksa melutut depan gambar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium