Wanita Mati Ditikam Kenalan Lelaki Akibat Cinta Ditolak - pakdin.my

Anggota Unit Forensik membuat siasatan ke atas mayat suspek yang dikenali sebagai Jim, 40-an, yang mati akibat terjun dari rumahnya di tingkat 11 setelah dikejar pihak polis kerana disyaki membunuh teman wanitanya di Flat PKNS Sungai Way dekat Petaling Jaya, Rabu. Suspek jatuh di atas rumah pam air dan dipercayai membunuh teman wanitanya akibat konflik percintaan.

Seorang tukang jahit wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh kenalan lelakinya di rumah wanita itu di Sungei Way, di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari yang menjumpai mangsa, 43, berasal dari Sabah.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang janda anak satu itu dipercayai mati ditikam suspek dengan menggunakan sebilah gunting,” katanya.

Susulan kejadian itu, polis yang memburu suspek hasil maklumat daripada temu bual dengan beberapa saksi kejadian dan juga rakan mangsa, telah membawa kepada penemuan mayat suspek di sebuah flet di Kelana Jaya, di sini, 4 petang Rabu.

Menurut polis, suspek, 44, juga berasal dari Sabah itu dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flet berkenaan.

“Sebaik polis tiba di lokasi kejadian (rumah suspek), mayatnya ditemui di bumbung stor flet itu.

“Suspek merupakan seorang ketua pengawal keselamatan,dipercayai hilang pertimbangan sehingga menikam wanita itu (mangsa) akibat cintanya ditolak,” katanya.

Katanya, kematian lelaki itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

UTAMABERITAWanita Mati Ditikam Kenalan Lelaki Akibat Cinta Ditolak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium