25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Wanita Maut Akibat Terjatuh Di Lereng Bukit – Dipercayai Selepas Bergaduh Dengan Teman Lelaki

mati-jatuh-lereng-bukit

KUALA LUMPUR  — Seorang wanita maut akibat terjatuh dari lereng bukit di Jalan Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai dekat sini tengah malam tadi selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supt Nazri Nawawi berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam.

“Sebelum mangsa terjatuh, seorang saksi telah melihat mereka bergaduh dan dipercayai teman lelaki berusia 35 tahun itu telah menampar mangsa yang berusia lingkungan 20-an sehingga wanita berkenaan dikatakan tercampak ke bawah bukit.

“Hasil siasatan polis mendapati mangsa terjatuh dari ketinggian 26 meter,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berikutan itu, lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nazri berkata mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.


Ditampar teman lelaki, wanita maut jatuh gaung

b-jaspal-kaur

Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter dipercayai akibat ditampar teman lelakinya dalam kejadian di Jalan Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai, Ampang dekat sini, semalam.

Mangsa, B. Jaspal Kaur, 28, sedang duduk di atas bukit tersebut sebelum berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam itu.

Teman lelakinya yang berusia 35 tahun itu kemudian menampar mangsa pada leher menyebabkan mangsa terjatuh dari bukit yang berketinggian 50 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintenden Mohd. Nazri Zawawi berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada saksi yang berada di kawasan terbabit.

“Kami berjaya mengeluarkan mayat mangsa dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.

“Teman lelaki wanita terbabit yang berada di tempat kejadian turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, kesan tolakan daripada tamparan yang kuat itu menyebabkan ma­ngsa tidak dapat mengawal badannya lalu terjatuh ke gaung tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Nazri, mayat mangsa di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat.

Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan