Wanita maut digilis ketika ribut taufan Lekima melanda - pakdin.my

WANITA maut dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikal kerana terkena kepingan atap zink yang diterbangkan ribut di hadapan Masjid Sharifah Fatimah, Batu 13, Jitra malam tadi.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kejadian berlaku apabila sekeping atap zink yang diterbangkan angin terkena Marziah Che Omar, 27, dari Taman Bersatu yang sedang menunggang motosikal, menyebabkan dia terjatuh di atas jalan.

“Zink itu kemudiannya diterbangkan lagi dan menutup cermin hadapan sebuah kereta yang berada di belakang motosikal, menyebabkan pemandunya tidak nampak dan terus menggilis wanita berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, Marziah yang mengalami kecederaan di beberapa anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Jitra untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, pemandu kereta itu membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Jitra dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya memandu dengan lebih berhati-hati dalam keadaan hujan lebat dan angin kuat ini.

“Selain itu elak memberhentikan kenderaan di bahu jalan kerana ia boleh mengundang bahaya,” katanya.

Lagi gambar: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1085931871601701&id=100005546953324&sfnsn=mo

UTAMABERITAWanita maut digilis ketika ribut taufan Lekima melanda

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium