Wanita maut dihempap pokok tumbang di pintu masuk Universiti Malaya

Mangsa yang masih belum dikenal pasti disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) | pakdin.mu

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut dihempap pokok tumbang di hadapan pintu masuk utama Universiti Malaya dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pokok tumbang itu turut melibatkan tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran iaitu Proton Saga BLM, Toyota Vios dan Perodua Myvi.

“Identiti mangsa yang meninggal dunia seorang wanita masih lagi belum dikenal pasti dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan di sini.

Loading...