Wanita Maut Tergelincir Di Kawasan Perkelahan Lata Medang Kuala Kubu Bharu - pakdin.my

dayana-shafikah-lata-medang-kuala-kubu-bharu

HULU SELANGOR : Seorang guru wanita sebuah sekolah di Shah Alam maut dipercayai akibat tergelincir dari ketinggian 10 meter ketika mandi di Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Baharu, dekat sini hari ini.

Menurut Hulu Selangor Ketua Polis Daerah Supt R. Supramaniam, mangsa Dayana Shafiqah Zainuddin, 24 tahun meninggal dunia selepas jatuh pada ketinggian 10 meter.

Kejadian  berlaku ketika mangsa mandi di air terjun tempat perkelahan bersama rakan-rakannya sebelum kejadian itu yang berlaku pada kira-kira 12.30 tengah hari pada Ahad.

“Menurut saksi, mangsa tergelincir dan cuba untuk berpaut kepada rakannya sebelum terjatuh,” kata Supt Supramaniam.

Mangsa kedua juga rakan mangsa, Aisyah Farina Zaidi, seorang akauntan berusia 24 tahun, selamat daripada jatuh tetapi mengalami patah bahagian bahu. Beliau telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.

Menurut anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dayana dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Supt Supramaniam berkata tidak ada unsur-unsur jenayah dalam kes ini dan bedah siasat akan dilakukan ke atas mangsa di Hospital Kuala Kubu Bharu.

lata-medang-kuala-kubu-bharu

UTAMAPOLITIKWanita Maut Tergelincir Di Kawasan Perkelahan Lata Medang Kuala Kubu Bharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium