Wanita Maut Kemalangan Berhampiran Susur Keluar Ipoh Dalam Perjalanan Ke KLIA - pakdin.my

maut-dalam-perjalanan-ke-klia

Seorang wanita maut apabila kereta jenis Proton Perdana yang dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

Nahas berlaku di Kilometer 273.2 lebuh raya utara selatan dekat susur keluar Ipoh, Perak kira-kira pukul 5:30 pagi.

Jurucakap polis memaklumkan ketika kejadian, mangsa, Solahiah Kamaruddin, 29 tahun bersama pasangannya, Mohd Shahir Sapiai, 34 tahun dalam perjalanan ke KLIA sebelum menaiki pesawat untuk ke Jakarta.

Dua tiket penerbangan ke Jakarta yang dijadualkan jam 11:15 pagi turut dijumpai dalam kenderaan mangsa.

Bagaimanapun Mohd Shahir yang juga pemandu kereta berkenaan dilaporkan cedera parah dan dihantar ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan.

 

UTAMABERITAWanita Maut Kemalangan Berhampiran Susur Keluar Ipoh Dalam Perjalanan Ke KLIA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium