Wanita Maut Tercekik Kinder Bueno - pakdin.my

Candice-Campbell-Kinder-Bueno

SEORANG wanita ditemui mati tercekik akibat tertidur sambil makan coklat Kinder Bueno.

Candice Campbell, 25, tertidur semasa mengunyah coklat itu selepas mengambil ubat tahan sakit perut.

Ubat tersebut menyebabkan mangsa mengantuk.

Cambell sering mengambil pelbagai jenis ubat untuk melegakan sakit perut yang dialaminya selepas melahirkan anak pada Oktober tahun lalu.

Suaminya, Burns bangun kira-kira pukul 5.30 pagi dan mendapati Campbell sudah tidak bernyawa lagi.

Burns memberitahu isterinya sedang makan coklat sebelum mereka tidur.

“Candice makan Kinder Bueno dan saya beri nasihat padanya supaya tidak makan kerana ubat itu boleh membuatnya tidur.

“Saya bimbang dia tertidur sambil makan coklat itu. Waktu itu saya letih dan terus saja terlelap,” kata Burns.

UTAMADUNIAWanita Maut Tercekik Kinder Bueno

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium