[VIDEO] JURURAWAT MENGANDUNG 8 BULAN DAN ANAK KORBAN NAHAS DI KALUMPANG - pakdin.my

HULU SELANGOR: Seorang jururawat yang mengandung lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun maut selepas kereta mereka berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Kalumpang-Tanjung Malim pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, Husnadia Abd Razif, 30, dan anaknya Muhammad Qhalif Fayyadh Mohd Faizul meninggal akibat tersepit di dalam Perodua Kancil yang dipandu Husnadia.

Sementara itu pemandu Perodua Viva yang turut terbabit dalam nahas itu Muhammad Zikrul Fahmi Musa, 21, dilaporkan cedera parah manakala rakannya Syarifah Nadia Mohd Abdul, 21, cedera ringan.

Kedua-duanya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata pihak bomba dan penyelamat mengeluarkan ibu dan anaknya yang tersepit itu.

“Setelah dikeluarkan, pegawai perubatan mengesahkan dua beranak itu telah meninggal dunia,” katanya.

Keadaan kandungan Husnadia tidak dapat ditentukan.

Mayatnya dan anaknya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Difahamkan Husnadia bertugas di Klinik Hulu Bernam, Hulu Selangor.

20161205-kemalangan-maut-diklinik-kalumpang-2

20161205-kemalangan-maut-diklinik-kalumpang-1

UTAMABERITA JURURAWAT MENGANDUNG 8 BULAN DAN ANAK KORBAN NAHAS DI KALUMPANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium