Wanita muat naik berita palsu penemuan mayat kanak-kanak mangsa culik direman - pakdin.my

“Pemilik akaun terbabit ditahan sebagai satu pengajaran kepada pengguna Internet yang lain supaya tidak menyalahgunakan aplikasi berkenaan bagi menyebarkan berita palsu,”

JOHOR BAHRU: Pegawai teknologi maklumat (IT) direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tindakannya memuat naik berita palsu dalam Facebook kononnya mayat dua kanak-kanak mangsa culik ditemui di tepi sungai di negeri ini dengan keadaan organ dalamannya sudah dikeluarkan.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Azean Sohaini mengeluarkan perintah itu selepas mendengar permohonan pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (IPK) Johor.

Perintah reman terhadap wanita berusia 32 tahun berkenaan bermula hari ini hingga 25 September ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataannya berkata, suspek itu ditahan di kediamannya di Desa Coalfields, Sungai Buloh dekat Selangor pada 6.30 petang.

“Wanita terbabit memuat naik berita palsu berkenaan dalam Facebook untuk tujuan dilihat dan dibaca orang ramai.

20160923-wanita-ditahan-muatnaik-berita-palsu-2

“Saya sudah menegaskan tiada kejadian seperti itu dilaporkan berlaku di Johor dan perbuatan sedemikian boleh menimbulkan keresahan serta suasana tidak tenteram kepada orang ramai,” katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, wanita berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pemilik akaun terbabit ditahan sebagai satu pengajaran kepada pengguna Internet yang lain supaya tidak menyalahgunakan aplikasi berkenaan bagi menyebarkan berita palsu,” katanya.

UTAMABERITAWanita muat naik berita palsu penemuan mayat kanak-kanak mangsa culik direman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium