Sunday, June 20, 2021

Wanita putus kepala, kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban-PD

Must Read

kemalangan-motosikal-pd-putus-kepala-1

PORT DICKSON: Seorang wanita putus kepala, manakala suaminya putus tangan selepas motosikal mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.2, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu menyebabkan Nor Azina Mohd Ratki, 39, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, pula cedera parah.

Sumber berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila Shamasrol yang menunggang motosikal jenis Naza Blake GT600 terbabas, lalu melanggar pembahagi jalan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan leher Nor Azina terseret di besi penghadang jalan sebelum terputus dan tercampak sejauh 10.5 meter dari badan.

kemalangan-motosikal-pd-putus-kepala-2

“Lelaki itu pula tercampak dan terkena besi penghadang jalan menyebabkan tangan kirinya putus sehingga ke paras siku,” katanya sambil menambah kejadian itu turut disaksikan rakan mangsa, yang mengekori motosikal pasangan berkenaan.

Abang Nor Azina yang enggan dikenali berkata, adiknya bersama suami dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya, Selangor, selepas berbuka puasa bersama rakan dengan berkonvoi ke daerah itu.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, adik saya dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Jenazah adik akan dikebumikan di Kota Damansara, manakala suaminya yang cedera parah, kini mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu meninggalkan tiga anak berusia lingkungan sembilan tahun hingga 16 tahun dan masih bersekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Advertisement -spot_img

Leave a Reply

- Advertisement -spot_img
Latest News

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan...
- Advertisement -spot_img

More Articles Like This

- Advertisement -spot_img