Seorang wanita warga Thailand maut selepas ditikam dan ditetak suaminya sebelum lelaki itu bertindak menggantung dirinya dalam kejadian di Taman Mesra Indah, Butterworth dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa R. Maphooh, 34, ditetak suaminya seorang warga tempatan di rumah mereka.
“Mereka dipercayai bertengkar di dalam bilik sebelum berlaku pergaduhan sehingga suaminya bertindak menikam dan menetak isterinya beberapa kali dari dalam bilik sehingga ke luar rumah.
“Wanita itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas ditetak dan ditikam di bahagian leher, badan dan paha kanan. Mayatnya ditemui di atas penutup longkang di hadapan rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah,” katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.
Beliau berkata sebaik kejadian itu, suami mangsa yang berumur 33 tahun bertindak masuk ke dalam rumah dan menggantung diri menggunakan tali di kipas siling dalam bilik utama kediaman berkenaan.
Azmi berkata kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku disebabkan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu telah mengeluarkan wang isterinya di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa kebenaran wanita berkenaan untuk berjudi.
“Lelaki itu dipercayai mengeluarkan wang sebanyak RM4,000 itu pada Khamis dan isterinya yang tidak bekerja hanya mengetahui perkara itu hari ini dan berlaku pergaduhan antara mereka selepas lelaki itu kalah dalam perjudian,” katanya.
Pasangan itu berkahwin Oktober lepas dan masih belum mempunyai cahaya mata, katanya.
Beliau berkata semasa kejadian kakak wanita itu yang berusia 36 tahun berada di rumah mangsa untuk melawat adiknya itu dan dia terus keluar dari rumah untuk meminta bantuan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Wanita Thailand Maut Ditikam Dan Ditetak Suami Di Butterworth https://t.co/4oRHl0eweE
Wanita Thailand Maut Ditikam Dan Ditetak Suami Di Butterworth: Seorang wanita warga Thailand maut selepas diti… https://t.co/QotO4Wijkm
Wanita Thailand Maut Ditikam Dan Ditetak Suami Di Butterworth https://t.co/rCkgRts9tb
Ucop Mohd Yusof liked this on Facebook.
Manukan Manuk liked this on Facebook.
Mohd Syaiffrudin Kama liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Sejak penang diperintah Dap ni makin meningkat kejadian jenayah kt penang..agknya ramai penjenayah dh berhijrah ke penang kot..
Shukor Rani liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Fair Lynn liked this on Facebook.
Hoxy Real liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
Matta Yip liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Shahir Roni liked this on Facebook.
Raziah Zol liked this on Facebook.
Masri Markom liked this on Facebook.