Wanita Warga China Disyaki Terbabit Kes Samun Bersenjata Pistol - pakdin.my

 

perompak-warga-cinaIPOH: Polis menahan seramai tujuh individu, temasuk seorang warga China, yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri rompakan di Perak.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek berkenaan, berusia antara 21 dan 38 tahun, ditahan di sebuah hotel di Pantai Remis pada Jumaat lepas pada kira-kira pukul 4.30 pagi.

Mohd Shukri berkata, kumpulan itu dipercayai telah merompak sebuah restoran makanan laut sebelum itu pada pukul 1.30 pagi.

“Polis merampas sejumlah wang tunai dianggarkan RM24,400, sembilan telefon mudah alih, tiga jam, dua kamera dan barang kemas,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

“Kami juga merampas dua senjata api dan kira-kira 130 peluru,” tambahnya.

UTAMABERITAWanita Warga China Disyaki Terbabit Kes Samun Bersenjata Pistol

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium