Wanita warga Thai di cabul, payudara di hisap polis gara-gara elak sekatan jalan raya - pakdin.my

RANTAU PANJANG: Seorang anggota polis trafik ditahan selepas disyaki mencabul wanita warga Thailand.

Mangsa, 26, dicabul selepas mengelak sekatan jalan raya yang diadakan di Rantau Panjang, Kelantan petang semalam.

Suspek juga memeras RM50 daripada mangsa jika mahu dilepaskan, kata sumber kepada Malay Mail.

Polis berkenaan dilapor duduk di bahagian penumpang depan sebelum melakukan pemeriksaan badan kepada mangsa.

Mangsa meminta dilepaskan namun suspek bertanya “berapa yang boleh diberi”.

“Dalam keadaan takut, mangsa menawarkan RM50 namun suspek tidak bersetuju.

“Suspek kemudian meminta satu ciuman namun ditolak mangsa yang membuatkan anggota berkenaan menghisap payudara mangsa tanpa kerelaan kira-kira lima minit sebelum beredar,” kata sumber.

Siasatan awal mendapati suspek, 25, merupakan konstabel di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dan berkhidmat sejak tiga tahun lalu.

UTAMABERITAWanita warga Thai di cabul, payudara di hisap polis gara-gara elak sekatan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium