30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Warga Asing ‘Kuasai’ Ibu Kota Pada Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Persis perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ibu kota pada Selasa dipenuhi warga asing yang mengambil peluang bersiar-siar dan berkumpul bersama rakan sempena cuti umum Aidilfitri.

Tinjauan Bernama di sekitar stesen bas dan kereta api seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dan Stesen Putra mendapati kawasan itu ‘dikuasai’ rakyat asing seperti warga Bangladesh, Nepal dan Indonesia.

Masing-masing yang ditemui berkata mereka mengambil kesempatan cuti umum yang panjang sempena Aidilfitri dan juga ulang tahun kemerdekaan Malaysia untuk berehat bersama rakan, serta mengunjungi saudara yang berada di negara ini.

“Hari ini cuti raya, saya mahu pergi ke rumah adik untuk makan-makan dan raya di sana bersama kawan-kawan selama dua hari,” kata warga Bangladesh Anuar Hussin yang mahu ke Cameron Highlands, ketika ditemui di Stesen Pudu Sentral.

Katanya ada juga rakannya yang mengunjungi tempat menarik di negara ini seperti Langkawi dan Pulau Pangkor.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang sekadar bersiar-siar ataupun membeli-belah seperti Misnati Abdullah yang ditemui di KL Sentral.

Wanita dari Indonesia itu berkata beliau bersama adiknya mengambil peluang daripada jualan murah yang masih berlangsung di situ.

“Saya dan adik datang ke sini untuk tengok kasut, baju dan beg yang murah-murah, lagipun hari inilah nak membeli-belah sebab orang tak ramai dan tak sesak,” katanya.

Sementara itu, suasana Stesen Putra yang menjadi pusat bas ekspres ke pantai timur lengang dan sunyi kerana hampir kesemua kaunter tiket ditutup.

Pegawai operasi sebuah syarikat bas Mat Rahim Seman berkata hanya satu kaunter tiket dibuka hari ini untuk perjalanan bas tambahan. –

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..
00:10:49

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah yang dilangsungkan dalam keadaan mematuhi norma baharu atau SOP ditetapkan #PRNSabah #RaduTatapRadu #RaduSampaiRata #UndiBN https://youtu.be/hP-TkBhUQPk  

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...