Warga China larikan kanak-kanak disyaki dijangkiti koronavirus ditahan - pakdin.my

Dua warga China yang melarikan anak mereka yang disyaki dijangkiti koronavirus dari Hospital Sultan Aminah (HSA) di Johor Bahru ditahan malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din memberitahu Berita Harian pasangan itu ditahan pada pukul 9.20 malam.

“Malam tadi juga semua mereka dirujuk ke hospital untuk dikuarantin,” katanya kepada akhbar itu.

Difahamkan pasangan tersebut tidak mahu anak mereka dikuarantin kerana tidak mahu terlepas penerbangan pulang ke China.

Menurut akhbar itu lagi, pasangan tersebut mahu anak mereka dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja.

Semalam angka kematian akibat virus berkenaan melonjak kepada 56, dengan lebih 1,400 dijangkiti di seluruh dunia, kebanyakannya di China.

Malam tadi, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes jangkitan koronavirus keempat di Malaysia.

Kesemua mangsa berasal dari China dan dilaporkan stabil.

UTAMABERITAWarga China larikan kanak-kanak disyaki dijangkiti koronavirus ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium