Warga emas gantung diri di gerbang Kota Darul Ehsan - pakdin.my

Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai menggantung dirinya di pintu gerbang Kota Darul Ehsan, Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi.

Mayat lelaki berkenaan yang tergantung di tepi tiang pintu gerbang berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan sekitar jam 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman, berkata pihak polis terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jalan Pantai, untuk menurunkan mayat yang tergantung pada ketinggian 30 meter.

“Sepasukan pegawai dan anggota Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kemudian melakukan pemeriksaan dan siasatan di tempat kejadian.

“Untuk peringkat awal, tiada sebarang elemen berunsurkan jenayah yang boleh dikaitkan dengan punca kematian lelaki berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh diri,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Saksi kejadian diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan kesesakan teruk laluan dari arah ibu negara menghala ke Petaling Jaya, pada jam 6.30 pagi tadi, disebabkan sebahagian pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian.

bunuh-diri-kota-darul-ehsan

UTAMABERITAWarga emas gantung diri di gerbang Kota Darul Ehsan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium