34.1 C
Kuala Lumpur
Friday, February 26, 2021

Warga emas kait rambutan jatuh longkang di Bukit Beruntung

kait-rambutan-jatuh-longkang.jpg

BUKIT BERUNTUNG: Akibat tergelincir ketika mengait rambutan, seorang lelaki warga emas parah selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam 4.6 meter di belakang rumahnya di Taman Daisy di sini pagi kelmarin.

Kejadian berlaku jam 9.50 pagi ketika mangsa, Choo Ah Kiew, 75, bersama isterinya sedang mengait rambutan di Jalan Daisy 6 sebelum terjatuh.

Akibat kejadian itu, Choo mengalami kecederaan muka dan patah kaki kiri.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi bomba jam 9.56 pagi sebelum pasukannya tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa terbaring dan tidak dapat bergerak akibat cedera dan diberi rawatan kecemasan di dalam longkang sebelum dibawa naik menggunakan pengusung dan tali,” katanya.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.