Warga emas maut akibat rumah dirempuh kereta ketika tonton televisyen - pakdin.my

PERMATANG PAUH – Seorang lelaki warga emas yang sedang menonton televisyen di rumahnya di Kampung Permatang Pasir dekat sini maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa, Mat Rasid Mat Shariff, 67, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa dikatakan sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu tingkat bawah rumah dua tingkat tersebut sambil menonton televisyen selepas solat Isyak.

Kenderaan yang dipercayai dipandu laju tersebut dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta lain sebelum terbabas dan merempuh dinding rumah itu.

Pemandu SUV berkenaan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

20161006020161006-maut-kereta-rempuh-rumah

UTAMAWarga emas maut akibat rumah dirempuh kereta ketika tonton televisyen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium